Jaminan terhadap pengguna Max Power Controller : Pulangan wang 100% selama 7 hari, Waranti produk selama 1 tahun(boleh tukar yang baru), diluluskan oleh SIRIM.

Saturday, March 5, 2011

RMF sasar jualan 1000 unit MPC setiap bulan

RMF Marketing Trading (RMF), syarikat Bumiputera yang terbabit dalam pengeluaran, pengedaran dan pemasaran alat penjimatan bahan api kenderaan, menyasarkan jualan kira-kira 1,000 unit sebulan bagi produk tunggal keluarannya, Max Power Controller (MPC) di pasaran tempatan.

Sejak mula memasuki pasaran tempatan kira-kira enam bulan lalu, jualan produk itu kini mencecah 12,000 unit dan dijangka terus meningkat didorong keyakinan ditunjukkan pengguna selepas menggunakan produk berkenaan.


Pengarah Urusannya, Shaharizal Ariffin, berkata berbeza dengan alat penjimatan seumpamanya di pasaran, MPC jauh lebih berkesan berbanding pesaingnya memandangkan ia dibangunkan dengan teknologi terkini dari Jepun dan berupaya meningkatkan prestasi kuasa enjin kereta dalam tempoh tiga saat selepas dipasang.


Beliau berkata, MPC dianggap alat serba canggih dan paling sempurna kerana ia lengkap dengan fungsi tersendiri dan dicipta khusus untuk menstabilkan arus elektrik kenderaan dan memantapkan pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin serta menambah kuasa pecutan.


“Selain menjimatkan bahan api sehingga 45 peratus, MPC juga mampu melindungi sistem elektronik kenderaan, menambah kekuatan kelajuan (pick-up), meningkatkan kuasa enjin, mengurangkan tekanan terhadap enjin, menstabilkan arus elektrik, meningkatkan kesejukan penghawa dingin dan melembutkan penukaran gear,” katanya kepada Bisnes Metro di Taiping, baru-baru ini.



No comments:

Post a Comment