Jaminan terhadap pengguna Max Power Controller : Pulangan wang 100% selama 7 hari, Waranti produk selama 1 tahun(boleh tukar yang baru), diluluskan oleh SIRIM.

Saturday, March 26, 2011

Tips Penjimatan Petrol 3



Sekarang dengan harga petrol dunia yang kian meruncing dan harga petrol tempatan yang juga semakin hari semakin naik tentu ramai pengguna kenderaan yang risau kerana tak dapat memaksimumkan penggunaan dengan apa yang dibelanja. Banyak pengguna memikirkan bagaimana caranya untuk menjimatkan petrol supaya harga yang kita bayar boleh maksimumkan penggunaan itu.

Di sini ada beberapa tips bagaimana untuk menjimatkan penggunaan petrol tetapi ia bergantung kepada individu sendiri supaya berdisiplin. Antara tipsnya ialah:

Tips #1:
Isi petrol biarlah pada waktu pagi atau awal pagi atau ketika suhu sejuk kerana kita akan perolehi kuantiti petrol lebih banyak di waktu pagi atau ketika suhu sejuk. Jika diisi ketika waktu panas kita akan perolehi wap lebih dari kuantiti petrol yang dipam kerana waktu suhu panas ia cepat meruap.

Tips #2:
Isi petrol ketika tinggal separuh di dalam tangki. Petrol yang tinggal separuh dalam tangki akan mengurangkan kapasiti udara berbanding yang hampir kering.

Tips #3:
Jika isi petrol, isi penuh bukan mengikut nilai yang kita perlukan. Petrol yang diisi penuh akan lambat meruap daripada petrol yang tinggal sedikit dalam tangki kerana semasa kita bergerak kesan dari pemanasan suhu luar dan juga suhu kereta boleh menyebabkan petrol cepat meruap. Tak percaya cuba buka tangki pada waktu panas, kita akan dengar desiran wap yang keluar...

Tips #4:
Tekan nozel diminimum (perlahan-lahan) semasa mengisi petrol supaya petrol dapat masuk sepenuhnya dan memaksimum tangki dengan petrol sahaja. Jika kita tekan nozel sehingga takat maksimum, kebanyakkan yang masuk dalam tangki kita adalah wap tetapi meter tetap count macam biasa so rugilah kita.

Tips #5:
Jika berhenti menunggu seseorang cubalah matikan enjin kerana semasa enjin bekerja walaupun dalam keadaan ideal, petrol tetap flow macam biasa unless kita guna kereta jenis hybrid.

Tips #6:
Periksa tekanan angin dalam tayar kerana jika tekanan kurang geseran yang berlaku lagi hebat dan kesannya penggunaan petrol lagi kuat kerana perlu menarik berat kereta kita itu.

Tips #7:
Semasa memandu sila ikut spesifikasi kelajuan kereta untuk penjimatan petrol. Off course kalau kita laju petrol flow pun tentu laju juga... So jangan asyik tekan je, ikut peraturan jalan raya, jimat duit sebab tak perlu isi petrol banyak kali dan kena saman.

So ini ada beberapa tips bagaimana untuk memaksimum pengunaan petrol kita dan menjimatkan duit.

Renung-renungkanlah dan selamat mencuba....

p/s:Dipetik daripada Kelab Innova Malaysia.

1 comment:

  1. Max Power Controller alat penjimat minyak dan peningkat kuasa enjin serta stablizer teknologi Jepun diimport dan dipasang di Kulim. Sesuai untuk semua jenis kenderaan. Waranti setahun dan juga jaminan kerosakan kenderaan anda disebabkan oleh MPC..layari www.firdausauto.blogspot.com. Hanya RM 199!!! Cucuk sahaja ditempat cucuh rokok berfungsi serta merta!!!

    ReplyDelete